FND's Cattery

Kittens For Sale Malaysia

Kitten for sale

Sekarang saya ada sekor anak kucing persian, female, umor hampir dua bulan untuk dijual.. sangat comel bulu lebat dan sangat aktif dan manja. Sape2 yang berminat bolehlah hubungi saya atau email saya secepat mungkin. terima kasih..

October 1, 2009 Posted by | Uncategorized | 3 Comments

New Members Of Our Family

Last week kitorang pergi KL atas urusan peribadi. After few days kitorang terfikir nak pergi tgk barang kucing nak bawak balik such as pasir and makanan diorang sebab kat kl tuh murah sket harga nyer. Alih2 kitaorang terpikat kat sekor kucing ni dari baka himalayan flat face… comel sungguh very active, jantan. Saiz agak besar macam dah 9 bulan. Tapi kata tuan punya kedai baru 4 bulan. Bila tuan punya kedai nampak kitorang asyik dok tgk kucing dia ja apa lagi, dia pun cakap ok takpe bawak dia keluar sangkar bagi main2. Apa lagi si kucing ni pun bukan main lagi lari sana sini. Slow talk punya slow talk last2 tuan punya kedai pun setuju kasi kurang, baikpunya best price. So tanpa cakap banyak kami pun bayar deposit dulu then kitorang balik dulu. Pastu on the way nak balik tuh terpikir plak nak tgk kucing lain, so dalam kepala nih dok pikir apa kata kita cari lagi flat face. Cari punya cari dapat laa lagi dua ekor. so semua tiga ekor. Dua jantan sekor betina. yang betina tuh kesian sket usia dah 2 tahun tapi tuan dia dok pukul2 dia sampai trauma kitorang tengok. Kesian punya pasal kitaorang amik jugak laaa. So inilah dia gambar diorang. Nanti bila diorang dah ada anak nanti kitorang letak kat kittens available. So jangan lupa check ok.

Yang ni nama dia Ricco

Yang ni nama dia Ricco

RiccoSi Ricco ni Baru 4 bulan tapi badan saiz besaq. Dia dari baka Himalayan. Mak Bapak katanya import tapi tak tau plak kenapa dia takde cert. Tapi takpe laa dah murah kan. Kalau ada cert mesti harga dah melambung sampai lebih dari 3k

Yang ni nama Doddy

Yang ni nama Doddy

 Doddy ni dari baka persian. Mak bapak dia pure persian tapi takde cert. So dia pun takde laaa cert.

Yang ni nama Melody

Yang ni nama Melody

Sama jugak dengan si Melody nih. Dari baka pure persian tapi takde cert jugak. Kitorang pun tak kisah takde cert. Bukan taknak yang ada cert tapi maybe lain kali kot. Bile dah ade jodoh nanti ade la tuh.

August 2, 2009 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Princess Bunting Lagi

Active sungguh production si Bolly ni. Lepas Nana, Tiara pulak… dua hari lepas baru kami sedar yang Tiara ni dah mengandung lagi. Agak2nya berapa pulak laa anak dia kali nih. Tapi Tiara nih selalu beranak tak banyak. Hmm entahlaa kan.. Kalau dah rezeki sapa nak tahu.. Anak2 si Tiara nih selalu keluar macam2 kaler. Kalau nak tengok anak2 dia yang lepas klik kat sini dan sini. So kali nih kalau ada sapa2 yang berminat nak booking anak Tiara nih boleh laa contact saya k.

Ps : Sape yang berminat nak beli kitten klik sini

Tiara tgh dok excited tunggu anak dia

Tiara tgh dok excited tunggu anak dia

July 4, 2009 Posted by | Uncategorized | 3 Comments

Boringnya hari ni… asyik jaga anak jaaaa….

Kesian Nana.. tiap2 hari jaga anak sampai takdak masa nak lepak.. hari nih dapat lepak kat luar ish best sungguh.. ntah apa yang difikirkan si Nana ni pun tak tau laaa na. Sama2 laa kita fikirkan….

Ps : See our latest kittens

Ish syioknya lepak macam nih tiap2 hari

Ish syioknya lepak macam nih tiap2 hari

June 27, 2009 Posted by | Uncategorized | 1 Comment

New Born Babies….

Haaaaaa ini laah dia anak2 Nana ngan Bolly yang paling baru.. the latest laa kata omputih…. Nanti klu dah besar sket saya akan update kat kittens available ye… diorang lahir pada 18hb Mei 2009 hari tuh.. So jangan lupa check nanti ye….

ni laaa anak2 Nana

ni laaa anak2 Nana

May 30, 2009 Posted by | Uncategorized | 2 Comments

Zorro & Oren

Lagi anak Bolly dengan Tiara.. nama Zorro ngan Oren tuh kami yang bagi tapi rasanya owner baru bagi nama lain kot. Owner baru diorang nama Encik Zul. Masa amik diorang hari tuh dia bawak anak2 dia sekali sorang pompuan sorang lelaki. Bukan main seronok diorang bila tengok kucing punya banyak. Semua diorang nak peluk. Pastuh bila tgk Zorro ngan Oren tak sabar nak main, hish hish hish… budak2 laa katakan. Tapi memang best deal ngan Encik Zul nih. Janji mesti tepat punya. Agak2 mana satu Zorro mana satu Oren

April 21, 2009 Posted by | Uncategorized | 5 Comments

Essi & Ciwin

Yang dua ekor nih pulak adalah anak kepada Nana dan Bolly. Umor diorang muda dari Lulu 2 bulan kalau tak salah. Dua2 betina. Nama diorang adalah Essi dan Ciwin. Owner baru diorang pulak kawan kami. Nama dia Sharul from www.scharewlconcept.com. Jangan terkejut tengok gambar2 diorang lawa2. Sebab kawan saya nih fotografer. Saya pun sama jugak minat jugak fotografi nih.., sebab tuh kebanyakan gambar2 kucing yang saya amik, saya buat elok2 tapi kalau malas pakai jugak camera fon.
Yang ni nama Ciwin

Yang ni nama Ciwin

Yang ni nama Essi

Yang ni nama Essi

Yang ni plak masa diorang umor 2 bulan lebih

Yang ni plak masa diorang umor 2 bulan lebih

March 29, 2009 Posted by | Uncategorized | 4 Comments

Lulu

Lulu

 

Lulu ni sebenarnya anak kepada Tiara dan Bolly. Diorang beranak tiga beradik. Dua dah jual kat org. Saya simpan dia sebab comel sgt, hehehe. Tak ingat plak bila tarikh birthday dia.. tapi sekarang dia dah 7 bulan usia. Masa kecik dulu dia ni jenis penakut sikit. Tapi sekarang dah ok dah manja sangat. Kadang2 dia tiba2 datang menyondol kepala kita, klu kita tgh baring laaa. Bila nak masuk balik dalam sangkar dia mula merengek macam tak mau masuk. Comel sangat..

 

 

 

 

ni Lulu 3 Beradik masa kecik

ni Lulu 3 Beradik masa kecik

February 7, 2009 Posted by | Uncategorized | 3 Comments

Bini2 Si Bolly

Disini saya ingin papar kan kepada anda yang ingin melihat atau berminat nak tengok kucing2 betina a.k.a. bini2 bolly nih …

ini Nana

ini Nana

 yang ni bini no 1 nama nana

ini Princess Tiara

ini Princess Tiara

yang pulak bini no 2 . nama Princess Tiara

January 9, 2009 Posted by | Uncategorized | 3 Comments

In The Beginning

Disini saya ingin menceritakan bagaimana saya boleh end up menjadi penternak kucing … pada mulanya saya hanya meminati kucing.. sangat meminati kucing. Lebih2 lagi yang berbulu panjang dan lebat. Sehinggalah pada suatu hari saya diberikan peluang untuk menjaga seekor kucing yg saya panggil Bolly. Dia jantan dan sangat manja. suka tidor kat lengan saya.. Selang beberapa bulan pula saya telah di berikan seekor lagi kucing betina dari baka yang sama yang diberi nama Nana. dan dari situ laa bermulanya pengalaman saya menjaga kucing dan menjadi penternak kucing. Dalam gambar kat bawah tuh laa gambar Bolly kesayangan saya. Bukan dari baka flat face tapi birman campuran. Anak2 Bolly nih sihat2 belaka. Kadang2 tuh sampai beranak tujuh. Lain kali saya akan cerita pasal anak2 Bolly pulak..

January 3, 2009 Posted by | Uncategorized | 7 Comments